Sunday, August 10, 2014

testing

Assalam n good evening my dear friends. It's been ages I dont make any postings... hmmm... sibuk ke? or more to facebook? tak jugak... Neway I still love roses

Friday, July 15, 2011

my sweet black roses set

Salam and morning  semua.. Moga hari ini menjadi lebih ceria dari smalam.  Pagi ni akak nak share PML bunga rose hitam pulak. Dari pelbagai tempat akak dapat set ni. Kawan2 maya dah lama buat koleksi, akak baru jek nak bermula. Takpe lah kan , pelan2 kayuh. Jom kita tengok satu persatu ....

Teko ni paling awal akak dapat. Bulan Jun tahun 2010. Pemberian dari kakak ipar kepada adik ipar akak dari Selayang. Beliau pun kawan nya yang nak berpindah bagi kepadanya. Oleh kerana dia ada sebiji shj teko ni, mungkin dia malas nak simpan kot sbb takde adik beradiknya. So rezeki akaklah hari tu. Terima kasih ya puan .. maaf akak lupa namanya. Apapun akak suker sangat ...



Cawan cawan ni pulak dapat kat kedai nyonya di Rembau. 
Tapi takde piring alasnya. Ada 11 biji semuanya. 

Piring kueh ni pun akak dapat dari kedai nyonya tu jugak. Pun 11 keping jugak. Tapi akak tak pasti samada NOS atau used items. Menurut nyonya tu PML ni baki dari kedai lama nya sebelum dia bukak kedai perabotnya sekarang ni.

Hmmm... Pinggan hidang bujur ni akak beli dari Fb Makjah Rosecobbage. Terima kasih daun keladi Makjah , kalau ada yang berkenan dihati, boleh beli lagi ....

Close up sikit bunganya .... sweet kan .. hitam hitam si tampuk manis

Keseluruhan set rose hitam yang akak ada setakat ini. Belum lengkap sepenuhnya. Insyallah akan ku tambah lagi apa yang kurang ......

Kat mana pulak nak di susun set ini ya?  Almari belum dikemas lagi. hmmm ... letak kat sini dulu lah. Sehingga berjumpa lagi,      Salam sayang untuk semua

Sunday, July 10, 2011

Masih lagi OC merah putih

Salam and happy sunday to all my blogger friends. Moga hari ini bertambah ceria dengan aktiviti harian bersama keluarga dan kawan2 tersayang. Hari ini akak nak share lagi mengenai OC merah putih semalam. Kali ini mengenai set teko dan cawan tanpa alas. 2 biji teko dan 6 biji cawan ni akak beli dari  pondoknursalam.  Sangat cantik keadaan nya.. Terima kasih ya Nur .... Akak suka cara Nur bungkus barang2 untuk postage ni. Sangat kemas packaging nya. Ok jom layanzzz ....

Teko montoks ..... teringat masa akak kecik2 dulu, mak  selalu pesan, tuang air tu, pegang sekali tutupnya, takut terjatuh tutupnya tu. Skarang pun akak masih terpikir benda yang sama jugak. Maklumlah, bukan senang nak cari tutupnya lagi . Kalau pecah, kat mana nak cari?


Nur panggil teko ni teko betik. Betik pun betik lah Nur, janji akak suker. Cantik aje pada pandangan mata akak. Agak unik jugak rupa paras  teko ni kan .....


Cawan2 bujang ni akak suker sangat. Sayang takde alasnya . Tapi tadi akak dah dapat satu idea bila tengok kat FB Kahariah MT, Har ada jual decal PML bunga OC ni. Kalau tak dapat juga alasnya, akak tampal decal je lah untuk piring2 alas tu. What say U .....


Sementara nak tunggu pasanganya atau decal, akak fix n match dulu dgn piring2 yang sediada ni. Nak tahu piring2 ni dapat dari mana?   hehe ... mana lagi , kalau tak dari stor my mum ... 


Camner ? ok tak pasangan2 mix n match ni . Ok kan ... Nak pujuk hati sendirilah tu.... apa pun tetap hatiku terhibur walaupun tiada piring alasnya yang asli.

                                                                          
                                                    Close up sikit ....


Another close up ... 


And finally, inilah keseluruhan koleksi OC merah putih ku. Tak sebanyak koleksi Nur dan kawan2 maya yang lain. Tapi apa pun tetap bersyukur dengan apa yang ku ada setakat ni. Kawan2 yang terbaca blog  ini, kalau ada creamer jug & sugar bowl untuk dijual, please let me know ......

  
 Sebelum berpisah, akak suker sangat nak quote kata2 dari :
Sissie's Shabby Cottage 
"Get out there and create, make, sew, cook, photograph, repurpose or find   something wonderful and share it with all of us!"

Hingga jumpa lagi, selamat berhujung minggu dan salam sayang untuk semua.....



Saturday, July 9, 2011

OC merah putih lagi ..

Gambar2 kat bawah ni pulak ialah pinggan makan dan pinggan hidang bujur yang akak baru dapat minggu lepas. Both PML ni  dapat dari almari lama mak. Terima kasih ya mak. Agak2 nak ganti dengan apa ya?  Nak tau tak ?? Almari lama mak ni pun akak mcm dah berkenan tapi .... apakan daya takleh nak angkut masuk kereta.  Ok Jom  tengok PML ni.....

Oval Plate 12" ni mak akak punya. Masih kilat cuma ada sompek sikit kat tepi2 nya. Mak kata, nak buat apa dgn pinggan ni? bukan nya boleh guna pun.... selamba akak cakap, nak buat display jek sbb bunganya cantik .....



Ini pinggan makan leper 10". Mak  dan adik ipar akak punyer . Masih lagi dalam keadaan cantik dan bersih. Ada 7 biji semuanya. Mak kata, kalau rajin cubalah  risik2 kat rumah mak saudara akak. Mereka dah tak pakai set2 lama ni, masing2 dah pakai set terkini. Set lama semua dah simpan dalam stor. Segan pulak rasanya, hunting kat kedai apek jer lah ......



 Setakat ini shj untuk pagi ni, akak ada event kol 10. Insyallah kalau sempat kita sambung citer pasal PML ni lagi malam nanti ya.  Happy weekends semua.  
Jumpa lagi dan  salam sayang .......

Friday, July 8, 2011

koleksi oc merah putih

Selamat malam semua, alhamdulillah bertemu kita kembali di alam maya ini. Kali ini akak nak cerita mengenai PML ocera oriental merah putih pulak. Kalau ikutkan banyak lagi PML yang lebih cantik dan menawan kalbu tapi tak tahu kenapa pertama kali tengok kat blog kengkawan, hatiku terus jatuh cinta pada ros merah putih ni. Akak masih ingat lagi,  set ini mak akak guna masa zaman akak sekolah rendah lagi.... Baru2 ni akak berkesempatan "memburu" di kedai nyonya di Rembau, N9. Secara kebetulan balik kampung menjenguk mak di Melaka. Dapatlah 46 pcs piring dan cawan tanpa alas PML campur2. Ada oc merah putih, bunga kangkung dan rose hitam. Suka gilerr masa tu... Tapi mcm biasalah, tak tunjuk kat nyonya tu. Hmmm.... memang berbaloi2 pemburuan hari tu. Tersangatlah murahnya...

Ini ialah piring kueh leper 7.5" yang mula2 akak dapat. Fresh dari  kedai apek Skudai ( ONS ) sangat2 berbaloi harganya.... ada 9 keping semuanya.


Pinggan makan ni pula cuma dapat 2 biji shj setakat ini. Satu dari kedai apek dan satu biji lagi dari kedai perabot second hand kat Mutiara Rini. Hehe... kena jenguk selalu. Kalau ada rezeki masa tu adalah...


Dan Piring leper 6.5" ni dari kedai nyonya kat Rembau tu... ada 11 keping . Semuanya akak ambil . Yang kelakarnya, kedai nyonya ni ialah kedai perabot baru. Tak sangka pulak ada saki baki PML pulak.


Ok dah pukul 11.30 malam. I better get a move. sebenarnya banyak lagi akak nak share tapi takpe lah, lain kali sambung....Sehingga jumpa lagi , salam sayang untuk semua . Gud nite and have a nice sleep





Wednesday, June 29, 2011

My white roses again....

Salam and gud nite to all my blogger friends. Tonite I wanna share with u my white roses again. I bought this rose about 3 years ago. Gambar ni akak rakam awal tahun ni, 2011 semasa bunganya tgh berkembang mekar. Lepas bunganya layu, akak cantas dahan nya dan ambil beberapa keratan batang nya dan semai pada beberapa biji pasu. Alhamdulillah hidup segar pokoknya.  Semalam masa balik kerja, akak baru perasan yang salah satu pokok yang akak semai hari tu dah berbunga. Sukanya ....Tapi tak berapa cantik sangatlah sebab dah 2,3 hari berbunga .


Yang ini pokok rose awal yang akak beli . kira induk nya lah ...... Ini semasa zaman kegemilangan nya.  Jom layanzzz ...


Masih lagi dari pokok yang sama...


Dan inilah dia pokok rose putih yang akak semai tu. Bunga pertama , kira baru belajar berbungalah tu..  walau bagaimanapun, tetap cantik kan...


Tak boleh lawan rose putih yang ini kan? Rose ini akak tak ingat dari pokok yang mana, mungkin dari spesis yang lagi satu. Jenis yang satu lagi tu, kelopaknya tak berapa banyak


Inilah dia spesis yang satu lagi tu.  Bunga rose diatas ni mungkin jugak dari spesis yang ini. Bunganya boleh tahan jugak lebatnya ... jenis yang berjambak




So happy viewing and salam sayang....

Saturday, June 25, 2011

Nak panggil apa pinggan rose ni...

Hari tu masa balik kampung, sempat jugaklah akak mengintai stor ibu mertuaku. Jumpalah pinggan bunga rose ini. Ada 8 biji semuanya. Dimata akak cantik juga jenis dan warna bunga rose ni. Warnanya terang , pink gelap campur oren2 kuning... tak tahu camner nak terangkan. Apa pun pada akak manis rupa parasnya. Hehe macam describe muka orang pulak. Yang peliknya, takde pulak akak ternampak kat facebook atau blogs otai2 PML yang menunjukkan gambar bunga rose ini. Ke akak yang tak perasan sbb dah lama sangat tak berblog. Ataupun orang tak minat dengan bunga ni .... tak pun ini bukan PML ..  banyaknya andaian andaian yang ku buat ....






Friday, June 24, 2011

Cawan teh lipton

Sejak kebelakangan ini, akak dah ada hobby baru pulak. Pantang nampak kedai apek lama atau kedai perabot terpakai, mesti nak singgah. So malam ni akak nak share cawan teh lipton, cawan hadiah rasanya. Cawan2 ni akak dapat kat kedai perabot terpakai. Tetiba jek ada pulak cawan ni. Hmmm.. nak beli ke tidak, nak beli ke tidak.. Bukanya mahal pun, finally akak beli jugak. Bukan apa, tak tahu nak simpan kat mana sebenarnya.  Sudahnya simpan dalam kotak .  Akak pasti mungkin ramai yang buat koleksi cawan2 atau hadiah2 dari Teh Lipton ini.   Jom Layanzzzz....



Thursday, June 16, 2011

Roses ku kembali berbunga

Petang tadi masa balik kerja sempat jugak akak merakam gambar rose pink kampung yang sejambak ni.   Ada 10 kuntum kalau tak silap .  Setelah sekian lama baru ia berbunga semula...   Alhamdulillah,  wangi semerbak baunya...   Sebelum ini pokok rose ini lebat dahan nya tapi sejak org yang tukang kemas laman tu potong dahan2 nya,  pokok ni taknak berbunga, maklumlah dahan dah tak banyak..  Puas jugak lah akak membela semula, baja dan belai selalu...   Ok Jom tengok...  sweet kan warna pink nya...




My first decorative painting

Salam and a very  good day to all my dear blogger friends. Today I wanna share with u my first decorative painting.  Rasa macam kelakar tak?    Sumer benda akak nak buat kan? Skarang blog akak ni dah jadi carca marba pulak.   Mula2 rose gardening, pastu buat  decoupage, kemudian minat PML .   Hari ni pulak nak citer pasal Folk Art ....   tapi takpe kan.. akak rasa lagi meriah mempelbagaikan minat.   Tak lah boring rakan2 blogger nak baca.   Macam macam ada...   Ramai yang menyarankan supaya akak belajar FA sbb melukis sendiri lagi best.   Ada kepuasan tersendiri..   So ku bulatkan hatiku terus call Puan Lakshmi dari http://countryarts.blogspot.com  untuk join class pada 24 April 2011.   Secara kebetulan akak mmg berada  di KL  bersama anak2.   Terima Kasih  kepada Puan Lakshmi.

So ini lah hasil  painting pertama akak setelah hampir habis 1 muka kertas A4 tu buat strokes.  Tersangatlah kerasnya jari jemariku..   Puas chegu kata , "relax, slowly... jgn give up " dan mcm2 kata semangat.   And here u are.. my first "Daisy painting'..


This is my second painting - bunga Lilac . Nampak kosongkan?   Hajat hati nak tulis wording kat sebelahnya.   tapi tak sempat2 sampailah hari ini..   itu yang lambat buat posting.   Hehe .. hajat tak kesampaian..


And finally this is my last painting lesson untuk hari itu..   Bunga hydrengea. Selalunya akak tgk bunga ni live kat "my own garden" tapi kali ni kat papan mdf.   Well not bad jugak lukisanku ( hehe ..perasanlah tu )   walaupun banyak jugak chegu touch up here n there...

 

blogger templates | Make Money Online