Saturday, May 28, 2011

Aksesori Taman

Hai , bertemu lagi kita di alam maya ... Kali ni akak nak share hiasan taman aka aksesori taman. Hari tu  temankan kawan ke Romantika Angsana di Johor Bahru. Terberkenan lah pulak dengan rumah burung ni. Dah lama cari rumah burung yang berdiri tu,  tapi tak tahu kat mana nak beli. Nak tempah pun tak tahu kat mana. Dulu pernah terbaca kat blog  yang menjual bird house ni tapi tak ingat blog siapa.. Kalau ada kawan2 yg tahu, sila beritahu akak ya. Akhirnya beli jugaklah bird house yang takde kaki ni.. Akak suka sbb bentuknya agak unik, ada tangga lagi ....


Yang ini pulak akak tak tahu nak panggil apa.. tapi akak suka bentuknya. Ala ala perigi gitu ... Asalkan putih jek terus akak beli.. Lagipun tak payah susah2 nak putihkan lagi. Hehe..  tgh suka putihlah katakan.

Kemudian tu, apa lagi ... terus akak  masukkan pokok keladi ni . Kalau ikutkan ada banyak jenis pokok renek yg boleh dimasukkan dalam bekas ni.. Tapi takpe, lain kali letak pokok lain pulak.  Akak ada banyak jugak lah small pots of greens yang boleh disuai padan.



Rasanya area ni jer lah yang sesuai untuk diletakkan bird house dan "perigi" ni. Maklumlah , ruang bergarden ku amatlah terhad....

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online