Thursday, June 16, 2011

My first decorative painting

Salam and a very  good day to all my dear blogger friends. Today I wanna share with u my first decorative painting.  Rasa macam kelakar tak?    Sumer benda akak nak buat kan? Skarang blog akak ni dah jadi carca marba pulak.   Mula2 rose gardening, pastu buat  decoupage, kemudian minat PML .   Hari ni pulak nak citer pasal Folk Art ....   tapi takpe kan.. akak rasa lagi meriah mempelbagaikan minat.   Tak lah boring rakan2 blogger nak baca.   Macam macam ada...   Ramai yang menyarankan supaya akak belajar FA sbb melukis sendiri lagi best.   Ada kepuasan tersendiri..   So ku bulatkan hatiku terus call Puan Lakshmi dari http://countryarts.blogspot.com  untuk join class pada 24 April 2011.   Secara kebetulan akak mmg berada  di KL  bersama anak2.   Terima Kasih  kepada Puan Lakshmi.

So ini lah hasil  painting pertama akak setelah hampir habis 1 muka kertas A4 tu buat strokes.  Tersangatlah kerasnya jari jemariku..   Puas chegu kata , "relax, slowly... jgn give up " dan mcm2 kata semangat.   And here u are.. my first "Daisy painting'..


This is my second painting - bunga Lilac . Nampak kosongkan?   Hajat hati nak tulis wording kat sebelahnya.   tapi tak sempat2 sampailah hari ini..   itu yang lambat buat posting.   Hehe .. hajat tak kesampaian..


And finally this is my last painting lesson untuk hari itu..   Bunga hydrengea. Selalunya akak tgk bunga ni live kat "my own garden" tapi kali ni kat papan mdf.   Well not bad jugak lukisanku ( hehe ..perasanlah tu )   walaupun banyak jugak chegu touch up here n there...

Wednesday, June 8, 2011

Salah satu bunga di halamanku

Malam ni kita entry  pasal bunga raya pula. Walaupun bunga ni biasa biasa  tapi tetap cantik menghiasi sudut halaman cinonit ku .  Bunga raya ini ialah yang jenis banyak kelopak. Pada  mulanya akak ingatkan spesis bunga ros rupanya bunga raya. Bunganya cantik berwarna merah maroon.. dan tak jemu jemu berbunga.. Jom layanzzzz




Tuesday, June 7, 2011

Hasil buruan di kedai apek

hmmm... nak citer pasal apa malam ni ya.. citer pasal PML lagi nak.. Smalam akak dah upload gambar PML pink polos., Malam ni masih dari kedai apek yang sama,  akak dapat 2 keping pinggan hidang bujur yang besar. Bak kata rakan2 blog, size gedabak. 9 keping pinggan kueh bunga merah putih oriental ocera dan 2 biji pinggan makan. Itu shj yang ada. So akak belilah semua. Dah takde lagi bunga  ni kat kedai apek tu..

Pinggan hidang bujur gambar pemandangan. Pinggan ni cuma  ada sebiji, buat hiasan jer lah..

Oleh kerana ada 1 keping shj pinggan bujur ni kat kedai apek tu, maka akak pun beli jerlah manalah tahu terberkenan pulak nak buat koleksi biru polos pulak... masa blog walking kat umah Mrs Nor Wahid tadi ,nampak set biru ni. Cantik sangat bila dah susun banyak2 mcm tu.. Bertuah Mrs Nor,semua koleksi beliau cantik2 belaka..
Yang ini pulak set Oriental Ocera bunga putih merah.. Ini sahaja yang apek tu ada. So, akak ambil semua. Set ni akak mmg berkenan sangat. Set teko dan cawan2 nya akak mmg suker. Sangat cantik dimataku.. Lepas ni nak lengkapkan set ini pulak. Sabarlah wahai hati... Insyallah dapat..

 



Sunday, June 5, 2011

Set pink lagi...

Hai bertemu lagi malam ini. Senangnya dalam hati...(nyanyi sikit)  haha, hari ni akak happy sangat. Memang tak sangka dapat apa yang dihajati. Pagi tadi masa balik dari breakfast, saja2 singgah kat kedai apek ni. Saja  tanya kalau ada set pinky-pinky ni.. Mmg ada tapi tak banyak. Ada 2 biji cawan  dan piring kueh kecik 6 biji . Pastu tanya apek kalau ada lagi kat store. Pastu dia bawak turun 1 kotak. Senyum lebar sampai ke telinga akak sekejap.. hehe terkesima ... ada sebiji teko gemuks takde cop , sebiji teko aladin sedang, yang ni meakin england rosa copnya. Sebiji pinggan bujur meakin rosa jugak, mangkuk nasi takde cop dan piring alas cawan 20 biji. Akak terus ambil semuanya.. Menurut apek ni, ayahnya mmg simpan set pink ni sebab sayang. Ayahnya pun dah tua, dah tak hairan kot dengan pinggan mangkuk ni... jom layanzzz


                                             Teko aladin sedang meakin rosa




Letak kat sini dulu lah sementara menunggu almari yang sesuai...


Orkid ku yang tengah gilerr berbunga..

Salam dan selamat sejahtera kepada semua rakan-rakan blog yang dikasihi. Malam ni akak nak share koleksi orkid yang akak ada. Taklah banyak sangat tapi bolehlah untuk menghiasi teratak ku yang comel itu sementara menantikan bunga rose yang sedang "dibaik pulih" Skarang ni kebanyakan pokok bunga rose akak tengah subur dengan tunas dan daun2 baru... harap2 menjadilah bunga2 nya. So sementara itu, kita tgk orkid pulak ya..


Orkid ni memang dah lama sangat. Sebelum ni semua pokok orkid, akak letak diluar, tapi sejak rose tak berbunga sangat, akak bawa orkid masuk ke dalam dan letak roses kat luar pulak.


Si  'purplish white' ni cantik sangat. Warna putih yang sangat salju, sejuk mata memandang 


Orkid yang ini pulak punyer lah lebat bunganya.. 1 pokok ni ada 4 tangkai .


                                                                Zoom sikit...



Friday, June 3, 2011

My pink roses...

Jom tengok bunga rose pink ni pulak.. Rose ni jenis yang wangi. Orang kata rose kampung tapi akak rasa rose kampung yang telah di tutkan sebab bunga nya tak berapa nak meriah mcm bunga ros kampung yang biasa. Selalunya bunga rose kampung, bunganya banyak berjambak jambak.. tapi yg ini cuma ada 2, 3 kuntum sahaja dalam satu pokok... cuba tengok,  banyaknya pucuk dan tunas baru .. harap harap banyaklah bunganya nanti


Close up sikit... nampak tak ulat/bena yang ada kat daun dekat dengan bunga tu... ishhh... patutlah roses akak tak berkembang sangat, rupanya ada mahluk asing  kat situ. Macam mana akak boleh tak perasan.Nak kata tak spray racun, rasanya akak dah racun. .. Nampak gaya kena belek selalulah..(boleh click gambar untuk tengok ulat tu..)

My roses again

Dah kol 2.00 pagi, masih tak tido lagi. Sebenarnya akak tengah menunggu anak balik dari KL.She drives herself. Itu yang tak boleh nak tido ni, Susah hati gak.. Ya Allah selamatkanlah perjalanan anak ku.. Sambil menunggu, jom kita citer pasal bunga rose pulak. Sejak kebelakangan ni, bunga rose akak tak menjadi sangat. Tak tahu kenapa. Macam taknak kembang . Jom layanzzzzz



koleksi pink pertamaku..

Salam semua. Malam ni akak excited sangat nak citer pasal pink set yg akak baru dapat ni. Mula jatuh hati dengan set pink ni bila melihat koleksi kawan kawan kat blog.  Mula2 masa hunting bunga kangkung kat kedai apek hari tu, jumpa piring ni.. nak kata piring kueh, kecik sangat. Nak kata piring cawan, mcm tak sesuai gitu.. tapi akak beli jugaklah  sbb murah.. so, akak beli 6 keping. Harga?? hehe ..biarlah rahsia..


 Kemudian akak beli set cawan dan piring dengan wan . .


Yang ini akak beli dengan Wan jugak... 1 biji pinggan hidang ( Wan bagi free, hehe..terima kasih daun keladi) 6 biji pinggan makan dan 6 biji pinggan kueh kot.. mengikut kata Wan ,boleh buat makan mee ..


Cawan bujang ni pulak akak dapat dari kedai perabot terpakai. Pun murah jugak. Alhamdulillah . Bolehlah untuk menambah nambah koleksi yang ada


Bila dah dikumpulkan kesemuanya, nampak macam banyak pulak si pinky ni. Pasni kena cari teko dan tureen pulak untuk melengkapkan set . Bilalah agaknya boleh dapat ya??? Memang tak sabar rasanya...




Saturday, May 28, 2011

Piring dodol ke piring wajik ke...

Piring dodol atau piring wajik... namun kegunaan nya  tetap sama cuma sebutan sahaja yang berbeza.. Yang pasti,  ia tetap cantik walaupan warisan zaman berzaman... Melihatkan koleksi rakan blog yang cantik cantik, akak pun teringin gak nak buat koleksi. Piring piring ni akak dapat dari stor ibu mertuaku. Terima kasih mak.Tak banyak hanya ada 6 keping sahaja. Insyallah kalau ada rezeki, bolehlah menambah lagi. Piring yang warna biru tu akak suker sangat. Macam cantik aje pada mata akak.... yang oren tu pun sama..



Aksesori Taman

Hai , bertemu lagi kita di alam maya ... Kali ni akak nak share hiasan taman aka aksesori taman. Hari tu  temankan kawan ke Romantika Angsana di Johor Bahru. Terberkenan lah pulak dengan rumah burung ni. Dah lama cari rumah burung yang berdiri tu,  tapi tak tahu kat mana nak beli. Nak tempah pun tak tahu kat mana. Dulu pernah terbaca kat blog  yang menjual bird house ni tapi tak ingat blog siapa.. Kalau ada kawan2 yg tahu, sila beritahu akak ya. Akhirnya beli jugaklah bird house yang takde kaki ni.. Akak suka sbb bentuknya agak unik, ada tangga lagi ....


Yang ini pulak akak tak tahu nak panggil apa.. tapi akak suka bentuknya. Ala ala perigi gitu ... Asalkan putih jek terus akak beli.. Lagipun tak payah susah2 nak putihkan lagi. Hehe..  tgh suka putihlah katakan.

Kemudian tu, apa lagi ... terus akak  masukkan pokok keladi ni . Kalau ikutkan ada banyak jenis pokok renek yg boleh dimasukkan dalam bekas ni.. Tapi takpe, lain kali letak pokok lain pulak.  Akak ada banyak jugak lah small pots of greens yang boleh disuai padan.



Rasanya area ni jer lah yang sesuai untuk diletakkan bird house dan "perigi" ni. Maklumlah , ruang bergarden ku amatlah terhad....
 

blogger templates | Make Money Online