Jom tengok bunga rose pink ni pulak.. Rose ni jenis yang wangi. Orang kata rose kampung tapi akak rasa rose kampung yang telah di tutkan sebab bunga nya tak berapa nak meriah mcm bunga ros kampung yang biasa. Selalunya bunga rose kampung, bunganya banyak berjambak jambak.. tapi yg ini cuma ada 2, 3 kuntum sahaja dalam satu pokok... cuba tengok, banyaknya pucuk dan tunas baru .. harap harap banyaklah bunganya nanti
Close up sikit... nampak tak ulat/bena yang ada kat daun dekat dengan bunga tu... ishhh... patutlah roses akak tak berkembang sangat, rupanya ada mahluk asing kat situ. Macam mana akak boleh tak perasan.Nak kata tak spray racun, rasanya akak dah racun. .. Nampak gaya kena belek selalulah..(boleh click gambar untuk tengok ulat tu..)
Friday, June 3, 2011
My roses again
Dah kol 2.00 pagi, masih tak tido lagi. Sebenarnya akak tengah menunggu anak balik dari KL.She drives herself. Itu yang tak boleh nak tido ni, Susah hati gak.. Ya Allah selamatkanlah perjalanan anak ku.. Sambil menunggu, jom kita citer pasal bunga rose pulak. Sejak kebelakangan ni, bunga rose akak tak menjadi sangat. Tak tahu kenapa. Macam taknak kembang . Jom layanzzzzz
Labels:
roses
koleksi pink pertamaku..
Salam semua. Malam ni akak excited sangat nak citer pasal pink set yg akak baru dapat ni. Mula jatuh hati dengan set pink ni bila melihat koleksi kawan kawan kat blog. Mula2 masa hunting bunga kangkung kat kedai apek hari tu, jumpa piring ni.. nak kata piring kueh, kecik sangat. Nak kata piring cawan, mcm tak sesuai gitu.. tapi akak beli jugaklah sbb murah.. so, akak beli 6 keping. Harga?? hehe ..biarlah rahsia..
Kemudian akak beli set cawan dan piring dengan wan . .
Yang ini akak beli dengan Wan jugak... 1 biji pinggan hidang ( Wan bagi free, hehe..terima kasih daun keladi) 6 biji pinggan makan dan 6 biji pinggan kueh kot.. mengikut kata Wan ,boleh buat makan mee ..
Cawan bujang ni pulak akak dapat dari kedai perabot terpakai. Pun murah jugak. Alhamdulillah . Bolehlah untuk menambah nambah koleksi yang ada
Bila dah dikumpulkan kesemuanya, nampak macam banyak pulak si pinky ni. Pasni kena cari teko dan tureen pulak untuk melengkapkan set . Bilalah agaknya boleh dapat ya??? Memang tak sabar rasanya...
Labels:
Set pink polos
Saturday, May 28, 2011
Piring dodol ke piring wajik ke...
Piring dodol atau piring wajik... namun kegunaan nya tetap sama cuma sebutan sahaja yang berbeza.. Yang pasti, ia tetap cantik walaupan warisan zaman berzaman... Melihatkan koleksi rakan blog yang cantik cantik, akak pun teringin gak nak buat koleksi. Piring piring ni akak dapat dari stor ibu mertuaku. Terima kasih mak.Tak banyak hanya ada 6 keping sahaja. Insyallah kalau ada rezeki, bolehlah menambah lagi. Piring yang warna biru tu akak suker sangat. Macam cantik aje pada mata akak.... yang oren tu pun sama..
Labels:
piring wajik / dodol
Aksesori Taman
Hai , bertemu lagi kita di alam maya ... Kali ni akak nak share hiasan taman aka aksesori taman. Hari tu temankan kawan ke Romantika Angsana di Johor Bahru. Terberkenan lah pulak dengan rumah burung ni. Dah lama cari rumah burung yang berdiri tu, tapi tak tahu kat mana nak beli. Nak tempah pun tak tahu kat mana. Dulu pernah terbaca kat blog yang menjual bird house ni tapi tak ingat blog siapa.. Kalau ada kawan2 yg tahu, sila beritahu akak ya. Akhirnya beli jugaklah bird house yang takde kaki ni.. Akak suka sbb bentuknya agak unik, ada tangga lagi ....
Yang ini pulak akak tak tahu nak panggil apa.. tapi akak suka bentuknya. Ala ala perigi gitu ... Asalkan putih jek terus akak beli.. Lagipun tak payah susah2 nak putihkan lagi. Hehe.. tgh suka putihlah katakan.
Kemudian tu, apa lagi ... terus akak masukkan pokok keladi ni . Kalau ikutkan ada banyak jenis pokok renek yg boleh dimasukkan dalam bekas ni.. Tapi takpe, lain kali letak pokok lain pulak. Akak ada banyak jugak lah small pots of greens yang boleh disuai padan.
Rasanya area ni jer lah yang sesuai untuk diletakkan bird house dan "perigi" ni. Maklumlah , ruang bergarden ku amatlah terhad....
Labels:
my garden
Saturday, May 21, 2011
Meja konsol yang diputihkan
Hari ni sajer2 nak cerita pasal meja tepi ni. Asalnya kayu jati tapi dah ditukarkan bajunya. Dah diputihkan.. Ada kawan tanya, tak menyesal ke tukar cat putih? entahlah... rasanya tak kot... Sebab bila dah diputihkan nampak mcm ok jek. Pada mata akak lah. Lagipun nampak bersih dan suci gitu... ayat tak agak2. Satu lagi yang akak perasan bila perabot dah putih putih ni, ruang nampak lebih luas. What say U... Yang pasti akak cat sendiri tau.. Tak caya? jom tengok...
Cermin ni pun akak cat jugak. Banyak keje sikitlah. Mula-mula nak kena tutup cermin dgn surat khabar. Kena sellotape bagai sbb takut terkena pada cermin nya...
Yang ini pulak nak share gambar cenderahati frames dari "lovely lace" yang akak dapat sebagai AJK persatuan tahun lalu. Cantik kan frame gambar ni... rasa mcm matching sangat dengan meja dan cermin tu.. terima kasih kepada WANGI UTM..
Ok, jom close up sikit untuk gambar frames lovely lace ni ...
Dan ini pulak music box merangkap kotak aksesori yang telah di decoupagekan.. Biasalah, asal kotak ni warna hitam. Beli kat car boot sale di UTM. Sedap lagunya..Nak tahu berapa harganya? Cuba teka... haha 50 sen sahaja. Masa ni tengah ghairah buat decoupage. Kalau tanya dengan rakan2 WMC mesti tahu punyer... sbb masing2 tengah gilerrr decoupage masa tu...
Cermin ni pun akak cat jugak. Banyak keje sikitlah. Mula-mula nak kena tutup cermin dgn surat khabar. Kena sellotape bagai sbb takut terkena pada cermin nya...
Yang ini pulak nak share gambar cenderahati frames dari "lovely lace" yang akak dapat sebagai AJK persatuan tahun lalu. Cantik kan frame gambar ni... rasa mcm matching sangat dengan meja dan cermin tu.. terima kasih kepada WANGI UTM..
Ok, jom close up sikit untuk gambar frames lovely lace ni ...
Dan ini pulak music box merangkap kotak aksesori yang telah di decoupagekan.. Biasalah, asal kotak ni warna hitam. Beli kat car boot sale di UTM. Sedap lagunya..Nak tahu berapa harganya? Cuba teka... haha 50 sen sahaja. Masa ni tengah ghairah buat decoupage. Kalau tanya dengan rakan2 WMC mesti tahu punyer... sbb masing2 tengah gilerrr decoupage masa tu...
Labels:
Dekorasi
Orkid yang tengah berkembang
Ini ialah salah satu spesis orkid dalam koleksi akak. Sebenarnya orkid ni dah lama tak berbela. Pandai2 dia jek hidup sendiri. hehe..zalim akak ekk... Asalnya orkid ni letak kat luar, tapi bila dah keluar bunga, timbul lak rasa sayang. Terus jek bawak masuk dalam, letak kat porch. Skarang ni masih berbunga lagi. Hampir 3 bulan kot bunganya berkembang. Gambar ni pun akak ambil smalam..
orkid lagi...
Akak ni sebenarnya bukan tahu sangat nama orkid orkid ni. Yang ini, rajin sangat berbunga.. Belum habis bunganya layu, dah timbul bunga baru. Jom layanzzz lagi. Masa ni tengah lebat bunganya. 2 tangkai dalam 1 pokok...
yang ni pulak gambar smalam akak rakam. Tinggal 1 tangkai. Itu pun dah nak habis bunganya... namun tetap cantik dimata ku...
yang ni pulak gambar smalam akak rakam. Tinggal 1 tangkai. Itu pun dah nak habis bunganya... namun tetap cantik dimata ku...
Friday, May 20, 2011
Kita layan orchids pulak..
salam and gud nite pada kengkawan blogger. Hmm.. malam ini kita citer pasal bunga orkid pulak ya.. Bunga rose akak tak menjadi pulak kali ni.. Berbunga , berbunga gak tapi mcm tak cantik mekarnya... Tengah mencari punca sebenar kenapa jadi macam tu. So sementara ros akak nak berkembang semula, kita layanzz
Labels:
orchids
Tuesday, May 10, 2011
Koleksi keseluruhan bunga kangkung yg ku ada
Mentang2 lah sudu ni kecik, lupa pulak nak update. Tapi kalau sudu sudu ni takde rasanya tak lengkap set nya kan... Sudu ni baru jek akak beli kat kedai apeks Taman U sabtu lepas..
And finally, inilah keseluruhan PML bunga kangkung yang akak ada setakat ini... Insyallah akan dapat lengkapkan set ini....
And finally, inilah keseluruhan PML bunga kangkung yang akak ada setakat ini... Insyallah akan dapat lengkapkan set ini....
Labels:
koleksi bunga kangkung
Subscribe to:
Posts (Atom)


