Wednesday, July 29, 2009

my roses again

hmmm... it's already 10 pm. I better get a move. Till then, let's share my roses again..


roses


roses

Gabungan cerek dan lesung...

Maka tersusunlah cerek cerek dan lesung kat wall cabinet ni. Asalnya nak letak kat kitchen tapi takde tempat yg sesuai pulak. Sekali pikir , sesuai jugak letak kat ruang tamu sebab gambar rose... Pada kengkawan kat JB, kalau minat ngan cerek ni, akak ada extra. Just call or email me


decoupage

decoupage on mini kettle

Cerek mini ni dah lama buat. Sajer jek nak masukkan kat blog ni. Kepada sesiapa yg baru berjinak jinak dengan decoupage, boleh cuba projek ni. Mudah dan cepat siap...


decoupage

decoupage pada mini lesung kayu

Malam ni akak nak share pulak decoupage pada mini lesung kayu. Lesung ni dah lama beli sebenarnya. Beli kat Melaka kalau tak silap. Asalnya kayu warna coklat. Sejak dah kemaruk buat decoupage ni, sumer benda jadi mangsa...


decoupage

Monday, July 27, 2009

pink roses in my garden

Roses ku berbunga lagi. Pink roses ni adalah diantara yang awal sekali akak bela. Mini roses yg cantik kelopaknya...



roses

Vantage collections

Hari ni kita citer pasal Vantage pulak ya. Terajin lah pulak akak hari ni.. Sebenarnya hari ni akak cuti, so bolehlah posting banyak skit. Hari sabtu baru ni, akak pergi ke Vantage PJ. Dah dua kali pergi. Terus masuk kat bahagian reject items. Tapi kalau di amati, tak nampak rejectnya pun.. Masa pergi last year, beli skit dan baru ni beli skit lagi... Harga murah skit dari yg dlm kotak. Yang akak beli ni loose items. hehe... harga tak buang lagi. Anak akak kata, mama, tak malu ke nanti org tgk harga? akak senyum jek. Dlm hati suker sbb dapat beli yg murah.. Insyallah, kalau ada rezeki , lain kali nak beli dinner plate pulak. Kalau nasib baik, satu pinggan boleh dapat rm 20.00..


vantage



Yang ini beli tahun lepas...

vantage


Yang ini beli hari sabtu lepas...

vantage


Akhirnya, setelah berdikit dikit membeli, penuh jugaklah almari comelku ini.. Berbaloi tak??

vantage

decoupage kat frying pan

Dah siap ... decoupage frying pan dan bottle ni buatkan untuk kawan. Harap harap dia suker..


decoupage

mangkuk besar n bekas kueh plastik

Mangkuk ni dah lama sangat. Masa anak kecik2 dulu. Masa kemas stor hari tu, jumpa semula mangkuk ni. So jadi mangsa decoupagelah. Piring tu akak matchkan ngan mangkuk, nampak mcm padan plak. Sama gak ngan botol plastik ni.. Sumer benda nak didecoupagekan..


decoupage

..

Barang barang lama yang di makeover

Salam and hi.... to all my blogger friends.Lama jugak tak update blog ni kan. Kali ni kita share decoupage yg dah lama tergendala ya. hehe.. tulah , banyak sangat benda yg nak dibuat. Ini ialah knife holder yg dah lama sangat, nak buang sayang. So makeupkan dia. Jug tinggi ni pulak dah retak, takleh nak guna, so jadi hiasan kat dapur lah jawabnya. Dan botol ni ni pun dah berubah wajah...


decoupage

Saturday, July 18, 2009

roses

Award lagi...

Salam ceria untuk kawan kawan blogger
Hari ni dapat award lagi. Kali ni from my dear Inna. Thanx Inna.

award



Syarat2 menerima award ini:

1. Pastikan jantina anda ialah perempuan
memang perempuan pun ..hehe..

2. Copy badge sebagai award anda
sudah..

3. Nyata 7 sebab kenapa anda bangga menjadi perempuan
Akak pun fikir mcm Inna jugak. Lebih baik copy jek terus dari Inna sebab ini memang faktanya... Jelas dan nyata

Keistimewaan Wanita
1. Do'a wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : " Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.

2. Wanita yang solehah ( baik ) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang tidak soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seperti orang yang senantiasa menangis Karena takut Allah SWT dan orang yang takut Allah SWT akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah ( barang, makanan dari pasar kerumah ) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukai akan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama aku ( Rasulullah SAW ) di dalam surga.

6. Barang siapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga Saudara perempuan atau dua Saudara perempuan , lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah surga.

7. Dari Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka , maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka."

8. Surga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggilmu dua orang ibu bapamu maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga . Masuklah dari manapun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristigfar baginya selama dia taat kepada suaminya dan rekannya ( serta menjaga sembahyang dan puasanya ).

12. Aisyah r.a. berkata " aku bertanya pada rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda "suaminya". Siapa pula berhak terhadap lelaki?" jawab Rasulullah SAW "Ibunya"

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, masuklah dia dari pintu surga mana saja yang dia kehendaki

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia kedalam surga lebih dahulu daripada suaminya ( 10.000 tahun )

15. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

16. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT

17. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkan

18. Apabila telah lahir ( anak ) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan

19. Apabila semalaman ( ibu ) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT

4. Pass kan award ini kepada girl-friends anda

Kalau bagi pada kawan2 yg sama, bolehkan.... harap u all sudi menerimanya

1) Emy Nujaimi
2) Mona, englishvintages
3) Qamalia’s lodge
4) Lynn’s Cottage
5) Blue Damask
6) ayu62179
7) Faridina
8) Umi aka kak-e
9) Mawarmerahnorliza hassan
10) noridaz.blogspot

Terima Kasih dapat award lagi

award


Thanks kat Razna , sudi pas award ni kat akak. TYVM. Hmmm.. kena jawab jugak. Mcm Na katalah, mcm berucap atas pentas lak..

1. kenapa korang rasa korang patut dapat award ni????
Na, secara jujurnya akak pun rasa tak layak untuk menerima award ni. Maklumlah baru setahun jagung . Tapi Alhamdulillah ada gak yang sudi bagi award ni. Hehe… akak terima ya. Insyallah sedaya upaya akan ku cuba untuk memenuhi ruang blog ku ini dgn hassil dan idea yg baik.

2. ucapkan penghargaan korang pada sape setelah terima award ini
Dengan bangganya , akak mengucapkan terima kasih yg teramat sangat pada Na kerana penganugerahan ini. Terima kasih juga kepada kengkawan yang sudi singgah dan link kan blog ni. Juga kepada kengkawan yg sudi meninggalkan komen anda, insyallah sedaya upaya akan ku cuba menjawabnya.

3. korang wajib bagi 10 orang penerima award ini plak..
wajib ek..10 owang..
10 orang??? Saper ya? Harap u all sudi terima award ini.

1) Emy Nujaimi
2) Mona, englishvintages
3) Qamalia’s lodge
4) Lynn’s Cottage
5) Blue Damask
6) ayu62179
7) Faridina
8) Umi aka kak-e
9) Mawarmerahnorliza hassan
10) noridaz.blogspot

Thursday, July 9, 2009

roses ku berbunga lagi... sementara menunggu decoupage siap, kita layan bunga2 ni ya.....

Photobucket


Photobucket


Photobucket

Decals

Ada sesaorang yg tanya apa beza decoupage n decal. So akak jawab kat sini ya. Decoupage susah skit nak buat sbb banyak proses dan lambat.Kena tunggu gesso kering, cut n paste, pastu nak shading ke, polka dot ke, ataupun stripe. Tapi decal ni senang skit. Cuma beli decals mengikut pilihan, rendam dlm air, pastu tampal kat plain porcelain (takyah gesso)atau pun kat perabot. Dah siap.
Ini adalah projek decal yg akak pernah buat. Tak banyak mana pun. Sekadar buat ada2 jek... pada yg dah pernah tengok tu, hehe....buat2 tak nampak jer lah ya...
Photobucket

Photobucket

Monday, July 6, 2009

Jom belajar shading

Smalam Inna ada tanya mcmana nak buat shading tu. Akak taklah
pandai sangat tapi boleh bolehlah... Apa yg akak buat ialah..
1. gessokan medium. Biar putih sahaja basicnya. Sbb kalau kita campur gesso ngan warna, nanti masa shading tu, tak cantik sangat. Takut color yg kita nak shade tu tak timbul.
2. Bila dah kering, baru tampal tissue. Jarak kan tissue skit untuk nampakkan shadingnya.Kalau nak tampal the whole tissue pun boleh gak cuma susah skit nak gum kan, takut kedut. Kalau tampal whole tissue, ok gak sbb kita boleh shadingkan atas tissue tu
3. ok now, shading time... first, basahkan sponge bersih dan perah. Agak2lah . Tips untuk shading ni, kalau kita nak warna shading kita tu lembut, sponge tu biar basah skit. Kalau nak shading gelap, sponge tu biar perah kering. So, tak payah letak air kat color.
4. Ambil 1 biji piring yg dah taknak guna tu, picit colour kat atasnya. Sikit jer tau. Kalau tak cukup boleh tambah lagi. Jgn guna pallet sbb pallet kecik. Guna piring supaya mudah nak dab kan sponge pd color.
5. Pastu, sponge yg lembap/basah tu tekapkan atas color tadi. Pastu dabkan pada surface medium yg kosong tadi. Kalau terkena skit kat atas tisue yg kita tampal tu, cepat2 guna sponge bersih lain yg lembap dan buang/lap color yg terkena tadi. Dablah keseluruhanya. Selalunya first shading ni guna warna lembut.
5. Bila dah siap , jangan tunggu sampai kering,picit color yg lebih gelap kedalam piring yg sama. Ambil sponge tadi, dabkan atas shading pertama. Tapi jarakkan dabbing tu lah. supaya nampak mcm tompok2. Akan ada 2 tone. Kalau suka, boleh dab color lain lagi kat atas shading kedua tadi. Lagi cantik... dah kering, VARNISH

Boleh Faham tak? harap Inna n kengkawan yg nak belajar buat shading ni boleh faham apa yg akak cakap ni.. kalau tak faham , boleh email akak. Call pun boleh

wheel barrow yg di decoupagekan

opssssss... salah gambar. Sebenarnya nak paste wheel barrow yg purple ni. Tak boleh nak shading sangat sbb owner dah gubah bunga dalam nya.mBerhati hati sangat takut bunga tu rosak. Apa apa pun sesekali purple pun cantik kan.. what say u


Photobucket

..

wheel barrow yg di decoupagekan

wheel barrow ni besar gak sizenya. Lebih kurang 30cm panjang n lebar 15cm. Agak susah nak mendecoupagekan nya sbb tuan punyer wheel barrow ni dah gubah bunga dalamnya. That's why takleh nak shading sangat...


Photobucket

..
this is another bicycle yang telah di decoupagekan.Tissue ni beli ngan Su Safia. Bila Su buat, sweet jek.. tapi bila aku buat jadi mcm gelap skit kot. Ni sumer sbb ghairah sangat nak try multicolours...

Photobucket

Sunday, July 5, 2009

Award

award

Bunga sejambak yg cantik ni, Difa yg bagi. Aritu lagi. Terima kasih Difa,
1. Nama timangan : syida
2. Anda seorang yang : ceria, peramah,
3. Insan yang teristimewa : suami, anak2 .. ibu bapa, kengkawan
4. Lagu kesukaan : slow music
5. Makanan kesukaan : western, masak lemak cili api
6. Sikap yg membuat anda stress : lembap, terhegeh2
7. Warna kegemaran anda : coklat, putih, pink n merah pun suker gak
8. Benda yg mesti ada dalam beg : purse, hp, lipstick
9. Kali terakhir anda menangis : raya tahun lepas semasa bermaafan
10. Tag untuk 6 rakan anda : Antara kengkawan yg banyak menunjuk ajar,
Memberi tips n panduan semasa berurusan di alam maya
ini, walaupun u all dah banyak kali dapat award ni . Tak salah kan … Sbb mmg u all the best
Na (razna Creation) , coco, inna, Irene, wanie n hazdi

Saturday, July 4, 2009

kotak kotak aneka warna

Jom kita layan kotak kotak ni...


Photobucket


Photobucket


Photobucket

..
Kita citer pasal decoupage lagi ya. Ini adalah kotak2 yg telah di decoupagekan. Masa buat tu excited sangat sbb banyak pilihan tissue. Tak sabar nak siapkan satu2 kotak tu. Bukan apa, nak tengok hasilnya.....

Photobucket


Photobucket

..

Decoupage

Minatku pada decoupage ni ialah masa kat wmc . Masa tu Wanie selalu share decoupage yg dia buat. Cantik sangat. So, aku terpanggil nak cuba. Selalu gak tanya Wanie tips decoupage ni. Mula2 buat kat botol. Aku suker lak buat kat botol ni, pdku senanglah. lagipun botolkan free...hehe... sampaikan sumer org aku mintak botol. Tapi skarang ni dah banyak buat kat medium lainlah.. lol...
Ni masa aku mula2 buat decoupage. Plain jek. takde shading, takde polkadot

Photobucket

Dan skarang ni pulak, dah tak nampak putih2 lagi.

Photobucket

Wednesday, July 1, 2009

I've been Tagged

tag

1. Copy badge "2008 Cute Blogger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya..

sebenarnya dah lama gak coco bagi tag ni. Kenal coco ni pun dari forum sana sinun... coco ni pd awalnya silent reader, tapi semenjak dua menjak ni, wahhh..bukan main lagi adik akak ni. thanx coco.

Pastu Na pulak yg tag akak. N pssssttt.... hehe, hanya Na ajer yg tahu. Akak kenal Na ni pun dari forum gak. Akak selalu gak beli tissue dari Na ni. Thanx also to Na

ok serba sikit mengenai diriku.
1. seorang ibu yg bekerja sepenuh masa
2. suka benda benda yg cantik, yg indah dan mcm2 yang sedap mata memandang
3. suker menghias rumah. La ni suka yang henglish style
4. suker menanam pokok bunga terutamanya bunga rose. Tgh bela orchids as well, greens pun suker gak
5. of course suka buat decoupage skarang ni. Ada gak amik tempahan skit2.
6. Suker memasak. Lebih kpd masakan kampung.
7. suker buat crosstitch, mengait dan menjahit. Hehe..Pendek kata, lengkaplah sebagai seorang wanita TAPI itu dolu. Skarang ni dah maleh
8. suker pada slow music especially lagu2 jiwang... jgn tak caya, budak2 muda skarang pun suka lagu camni ni tau.
9. lupa nak cakap, anak ada 3 org. 2 gals n 1 boy. Sumer dah besar2. Paling kecik 14 thn. A gal yg dah jadi kawan mama skarang ni. Seronok gak, kengkadang tempat mencurahkan perasaan.
10. Last but not least, suker surfing dan berblog lah pulak

pergh... pecah rekod tulis banyak2 camni. Neway, ni lah serba sedikit mengenai hobiku
 

blogger templates | Make Money Online