Saturday, May 21, 2011

Meja konsol yang diputihkan

Hari ni sajer2 nak cerita pasal meja tepi ni. Asalnya kayu jati tapi dah ditukarkan bajunya. Dah diputihkan.. Ada kawan tanya, tak menyesal  ke tukar cat putih? entahlah...  rasanya tak kot... Sebab bila dah diputihkan nampak mcm ok jek. Pada mata akak lah. Lagipun nampak bersih dan suci gitu... ayat tak agak2. Satu lagi yang akak perasan bila perabot dah putih putih ni, ruang nampak lebih luas. What say U... Yang pasti akak cat sendiri tau..  Tak caya?  jom tengok...


Cermin ni pun akak cat jugak. Banyak keje sikitlah. Mula-mula nak kena tutup cermin dgn surat khabar. Kena sellotape bagai sbb takut terkena pada cermin nya...


Yang ini pulak nak share gambar cenderahati frames dari "lovely lace"  yang akak dapat sebagai AJK persatuan tahun lalu. Cantik kan frame gambar ni... rasa mcm matching sangat dengan meja dan cermin tu.. terima kasih kepada WANGI UTM..


Ok, jom close up sikit untuk gambar frames lovely lace ni ...


Dan ini pulak music box merangkap kotak aksesori yang telah di decoupagekan.. Biasalah, asal kotak ni warna hitam. Beli kat car boot sale di UTM. Sedap lagunya..Nak tahu berapa harganya?  Cuba teka... haha 50 sen sahaja. Masa ni tengah ghairah buat decoupage. Kalau tanya dengan rakan2 WMC mesti tahu punyer... sbb masing2 tengah gilerrr decoupage masa tu...

Orkid yang tengah berkembang

Ini ialah salah satu spesis orkid dalam koleksi akak. Sebenarnya orkid ni dah lama tak berbela. Pandai2 dia jek hidup sendiri. hehe..zalim akak ekk... Asalnya orkid ni letak kat luar, tapi bila dah keluar bunga, timbul lak rasa sayang. Terus jek bawak masuk dalam, letak kat porch. Skarang ni masih berbunga lagi. Hampir 3 bulan kot bunganya berkembang. Gambar ni pun akak ambil smalam.. 



orkid lagi...

Akak ni sebenarnya bukan tahu sangat nama orkid orkid ni. Yang ini, rajin sangat berbunga.. Belum habis bunganya layu, dah timbul bunga baru. Jom layanzzz lagi. Masa ni tengah lebat bunganya. 2 tangkai dalam 1 pokok...


yang ni pulak gambar smalam akak rakam. Tinggal 1 tangkai. Itu pun dah nak habis bunganya... namun tetap cantik dimata ku...

 

blogger templates | Make Money Online