Monday, July 6, 2009

Jom belajar shading

Smalam Inna ada tanya mcmana nak buat shading tu. Akak taklah
pandai sangat tapi boleh bolehlah... Apa yg akak buat ialah..
1. gessokan medium. Biar putih sahaja basicnya. Sbb kalau kita campur gesso ngan warna, nanti masa shading tu, tak cantik sangat. Takut color yg kita nak shade tu tak timbul.
2. Bila dah kering, baru tampal tissue. Jarak kan tissue skit untuk nampakkan shadingnya.Kalau nak tampal the whole tissue pun boleh gak cuma susah skit nak gum kan, takut kedut. Kalau tampal whole tissue, ok gak sbb kita boleh shadingkan atas tissue tu
3. ok now, shading time... first, basahkan sponge bersih dan perah. Agak2lah . Tips untuk shading ni, kalau kita nak warna shading kita tu lembut, sponge tu biar basah skit. Kalau nak shading gelap, sponge tu biar perah kering. So, tak payah letak air kat color.
4. Ambil 1 biji piring yg dah taknak guna tu, picit colour kat atasnya. Sikit jer tau. Kalau tak cukup boleh tambah lagi. Jgn guna pallet sbb pallet kecik. Guna piring supaya mudah nak dab kan sponge pd color.
5. Pastu, sponge yg lembap/basah tu tekapkan atas color tadi. Pastu dabkan pada surface medium yg kosong tadi. Kalau terkena skit kat atas tisue yg kita tampal tu, cepat2 guna sponge bersih lain yg lembap dan buang/lap color yg terkena tadi. Dablah keseluruhanya. Selalunya first shading ni guna warna lembut.
5. Bila dah siap , jangan tunggu sampai kering,picit color yg lebih gelap kedalam piring yg sama. Ambil sponge tadi, dabkan atas shading pertama. Tapi jarakkan dabbing tu lah. supaya nampak mcm tompok2. Akan ada 2 tone. Kalau suka, boleh dab color lain lagi kat atas shading kedua tadi. Lagi cantik... dah kering, VARNISH

Boleh Faham tak? harap Inna n kengkawan yg nak belajar buat shading ni boleh faham apa yg akak cakap ni.. kalau tak faham , boleh email akak. Call pun boleh

wheel barrow yg di decoupagekan

opssssss... salah gambar. Sebenarnya nak paste wheel barrow yg purple ni. Tak boleh nak shading sangat sbb owner dah gubah bunga dalam nya.mBerhati hati sangat takut bunga tu rosak. Apa apa pun sesekali purple pun cantik kan.. what say u


Photobucket

..

wheel barrow yg di decoupagekan

wheel barrow ni besar gak sizenya. Lebih kurang 30cm panjang n lebar 15cm. Agak susah nak mendecoupagekan nya sbb tuan punyer wheel barrow ni dah gubah bunga dalamnya. That's why takleh nak shading sangat...


Photobucket

..
this is another bicycle yang telah di decoupagekan.Tissue ni beli ngan Su Safia. Bila Su buat, sweet jek.. tapi bila aku buat jadi mcm gelap skit kot. Ni sumer sbb ghairah sangat nak try multicolours...

Photobucket
 

blogger templates | Make Money Online