Monday, August 31, 2009

rose tissues

n3 malam ni di tujukan khas untuk Cik Azizah kita yg berada di Skudai. Ni adalah contoh rose tissues yg I cakap tu. Buat kat bottle n bicycle. Harap u suker tissue ni. Tissue yg sama tapi berlainan keterampilannya. It's all depands on background colors we want it to be...


bottle decoupage



decoupage pd basikal
..

decoupage key holder

Hari ni cuti lagi. Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia ke 52 tahun untuk semua warga negara Malaysia. Dan selamat berpuasa... Hmmmm, sementara menunggu projek decoupage wall shelf siap, kita layan dulu gambar key holder ni ya. Terdahulu akak ada paste gambar watering can n chopping board. tiga berdik ni ialah dari bunga yg sama. Kepada peminat2 lavender, mungkin boleh dapat sedikit idea yg boleh dikongsi bersama...

decoupage key holder
..

Sunday, August 30, 2009

welcome sign on a frying pan

salam kepada semua kawan2 ku di alam maya... semuga sihat2 selalu menjalani ibadah puasa dan terawikh insyallah. Malam ni, saja nak share no rumah yg dah lama jugak akak buat, tapi baru siap di touch up n varnish... Asalnya kuali untuk panggang ikan, dah tak digunakan lagi, so apa lagi... mangsa decoupage lah jawabnya..

decoupage

..

Saturday, August 29, 2009

decoupage pd basikal hiasan

salam n selamat berpuasa di bulan Ramadhan yg mulia ini. Alhamdulillah dah 8 hari kita berpuasa kan... insyallah. Semuga diberi laluan yg mudah dan rezeki yg melimpah ruah juga kesihatan yg baik untuk kita beramal.
Agak lama akak tak update blog ni kan?? hehe,kesibukan melanda.. So untuk n3 kali ni akak nak tayang basikal lagi yg telah dicoupagekan...

decoupage pd bicycle


Photobucket
..

Friday, August 14, 2009

decoupage pada kasut kasut comel..

salam n gud morning. Pagi ni akak nak bagitau, ada pesta konvokesyen di Utm Skudai. Banyak gerai gerai jualan kat tapak pesta. Tapi akak nak promote gak pada kengkawan di sekitar JB, kalau berkesempatan, silalah ke RUMAH WANGI ( rumah persatuan untuk lady stafs UTM) kerana terdapat jualan mega. Antaranya kain2 exclusive dari gullatis silk house dan barang2 deco. Kepada peminat2 english style, dialu alukan....Pasti meruntun jiwa dan ragaDan banyak lagi gerai gerai jualan. Kepada ahli, kemudahan credit disediakan...

Sebelum tu, kita share gambar kasut kasut comel ni dulu ya..


Photobucket

Monday, August 10, 2009

white blooming rose

Malam ni nak share bunga rose putih yang tgh berkembang. Sebenarnya banyak lagi gugusan rose dari pokok yg sama tapi dah tak cantik sgt kembangnya...

Gambar ni dirakam smalam...

roses in my garden


Yang ini pulak pagi tadi masa panaskan injin kereta sebelum pergi kerja. Hehe sempat lagi tu...

roses in my garden


And finally , masa balik dari dinner ngan friends from KL, sempat ambil gambar rose yang dah kembang sepenuhnya...

roses in my garden

..

Sunday, August 9, 2009

decoupage for garden decoration

Jom kita share pulak decoupage yg akak buat kat chopping board n watering can. Chopping board ni kirim ngan difa. Tqvm difa....


decoupage chopping board n watering can
..

Saturday, August 8, 2009

decoupage for kitchen decoration

Decoupage kali ni ialah untuk hiasan dinding di dapor. Buatkan untuk kawan2 ofis. Dah lama tergendala sbb banyak sangat benda yg perlu dibuat dulu. Ialah, priority comes first, hobi ni bila bila boleh buat kan..


decoupage


decoupage

roses in my garden

Salamn and hi to all my sweet blogger friends. Happy saturday. Moga weekend ni banyak lagi projek projek tergendala yg kita boleh siapkan. I've so much WIP decoupage yg tak siap2 lagi ni. Tapi sebelum tu, just wanna share my red roses yg akak paste minngu lalu. Hehehe.. dari sekuntum hingga 5 kuntum semuanya dlm satu pokok ku rakam. Mcm takde keje lainlah pulak... tapi seronok sebenarnya. Saper2 kengkawan yg tanam pokok rose ni mesti sependapat dgn akak kan?? Setiap kali roses ku berbunga, hatiku pun turut berbunga bunga....


Masa 3 kuntum


roses in my garden


Akhirnya... ke lima lima kuntum dah kembang

roses in my garden

Friday, August 7, 2009

hydrengia

bunga ni ada berbagai2 nama. Ada yg panggil bunga tiga bulan. Ada gak yg panggil bunga siti zaleha. Jugak dipanggil bunga hydrengia.... Bunga ni senang hidup. Just kerat btg yg dah tua tu, cucuk kan jek kat pasu lain. Insyaallah hiduplah dia. Tapi jgn banyak air sangat, takut btgnya reput lak... Bila dah besar, baru blh siram mcm biasa..


hydrengea


sebelah kanan tu dah dekat 3 bulan, yg kiri tu baru nak berbunga. Bila senang kita share lagi pasal bunga ni ya

..

Barang barang lama yang di makeover

n3 hari ni ialah barang2 dapor yg dah lama sangat. Dah buruk sebenarnya. Tempat sudu tu dah berlubang bawahnya. Maklumlah kayu kan mudah reput..Tuan punyer barang2 ni mcm tak caya yg tu barang2 dia. So pada kawan2 yg ada barang2 lama tu jgn buang. Boleh di makeupkan semula...


decoupage


decoupage

..

Monday, August 3, 2009

rose sejambak

hmmm... tgh rajin sebenarnya ni.. rose pink cair ni akak tanam kat luar rumah.Tanam kat tanah. Tapi tak rajin berbunga sangat, tak sure kenapa. Mungkin sbb akak tak bela sangat kot. Iyerlah, nak keluar rumah ni yg malas skit. Bunganya jenis yg kecik kecik....


roses in my garden

..

red roses

Harap kengkawan tak jemulah tgk roses akak ni. Dah mmg minat rose nak kata apa ya.. Pagi tadi masa nak g kerja sempat amik gambar ni.. bukan nya takleh tunggu ptg tapi kengkadang burung dah hinggap dulu. Dalam porch pun burung2 tu masuk jugak. Bila balik kerja, bunganya dah terlerai.. Tak sempat nak amik gambar.. So pagi tadi, nyorok2 amik gambar ni, segan dgn jiran depan umah, hehehe..takde kerja lain dok belek rose jek. Yang Ni amik gambar smalam


roses in my garden



Yang ni gambar pagi tadi.. sehari jek dah kembang

roses in my garden


this is another species of my roses. Yang ni akak suka warna merahnya. Merah maroon. Selalu gak berbunga. Nampak mcm masih ada embun kat kelopaknya..

roses in my garden

beautiful pink rose

sekali lagi let's share my roses again. Kali ni bunganya agak besar berbanding dgn yg lepas2. Rose ni rajin sangat berbunga. Selalunya 2 atau 3 kuntum berbunga pada waktu yg sama....


roses in my garden

Saturday, August 1, 2009

roses again

Selalunya akak share roses yg ada kat garden cinonit akak tu. Mlm ni kita layan rose tiruan pulak ya.Bak kata kawan akak, sekali imbas nampak mcm bunga hidup, hehe... dua kali tgk, bunga tipu rupanya..


Photobucket


So gud nite everybody, till we meet again, have a sweet dream....

..

Make over pasu

Ini adalah pasu sarawak. Asalnya warna coklat cair. Big boss bagi long ago. Sejak pandai berdecoupage ni, mulalah terpikir nak makeover. Yang sebelah kanan tu pulak pasu cina yg biru putih tu. Pun dah lama beli. Anak kata tak sayang ke mama decoupagekan pasu2 tu? Masalahnya dah lama sangat n dah letak kat belakang2. Kalau dah pakai baju baru, bolehlah letak kat depan2 pulak. Betul tak....


decoupage

masalahnya pulak... bila dah siap, nampak mcm plain sesangat. Ke sbb akak memang dah terbiasa buat shading???

pelita ayam

salam semua... baru berkesempatan nak posting mlm ni. Siang tadi sibuk membuat decoupage yg kengkawan tempah. Insyallah esok dah boleh varnish.... So mlm ni kita share pelita ayam ya. Kalau ikutkan pelita ni dah lama akak beli tapi tak sempat nak makeoverkan nya. Kawan2 lain sumer dah lama buat. Dah basi pun.. akak jer baru buat


Photobucket
 

blogger templates | Make Money Online