Friday, June 3, 2011

My pink roses...

Jom tengok bunga rose pink ni pulak.. Rose ni jenis yang wangi. Orang kata rose kampung tapi akak rasa rose kampung yang telah di tutkan sebab bunga nya tak berapa nak meriah mcm bunga ros kampung yang biasa. Selalunya bunga rose kampung, bunganya banyak berjambak jambak.. tapi yg ini cuma ada 2, 3 kuntum sahaja dalam satu pokok... cuba tengok,  banyaknya pucuk dan tunas baru .. harap harap banyaklah bunganya nanti


Close up sikit... nampak tak ulat/bena yang ada kat daun dekat dengan bunga tu... ishhh... patutlah roses akak tak berkembang sangat, rupanya ada mahluk asing  kat situ. Macam mana akak boleh tak perasan.Nak kata tak spray racun, rasanya akak dah racun. .. Nampak gaya kena belek selalulah..(boleh click gambar untuk tengok ulat tu..)

My roses again

Dah kol 2.00 pagi, masih tak tido lagi. Sebenarnya akak tengah menunggu anak balik dari KL.She drives herself. Itu yang tak boleh nak tido ni, Susah hati gak.. Ya Allah selamatkanlah perjalanan anak ku.. Sambil menunggu, jom kita citer pasal bunga rose pulak. Sejak kebelakangan ni, bunga rose akak tak menjadi sangat. Tak tahu kenapa. Macam taknak kembang . Jom layanzzzzz



koleksi pink pertamaku..

Salam semua. Malam ni akak excited sangat nak citer pasal pink set yg akak baru dapat ni. Mula jatuh hati dengan set pink ni bila melihat koleksi kawan kawan kat blog.  Mula2 masa hunting bunga kangkung kat kedai apek hari tu, jumpa piring ni.. nak kata piring kueh, kecik sangat. Nak kata piring cawan, mcm tak sesuai gitu.. tapi akak beli jugaklah  sbb murah.. so, akak beli 6 keping. Harga?? hehe ..biarlah rahsia..


 Kemudian akak beli set cawan dan piring dengan wan . .


Yang ini akak beli dengan Wan jugak... 1 biji pinggan hidang ( Wan bagi free, hehe..terima kasih daun keladi) 6 biji pinggan makan dan 6 biji pinggan kueh kot.. mengikut kata Wan ,boleh buat makan mee ..


Cawan bujang ni pulak akak dapat dari kedai perabot terpakai. Pun murah jugak. Alhamdulillah . Bolehlah untuk menambah nambah koleksi yang ada


Bila dah dikumpulkan kesemuanya, nampak macam banyak pulak si pinky ni. Pasni kena cari teko dan tureen pulak untuk melengkapkan set . Bilalah agaknya boleh dapat ya??? Memang tak sabar rasanya...




 

blogger templates | Make Money Online