Friday, July 15, 2011

my sweet black roses set

Salam and morning  semua.. Moga hari ini menjadi lebih ceria dari smalam.  Pagi ni akak nak share PML bunga rose hitam pulak. Dari pelbagai tempat akak dapat set ni. Kawan2 maya dah lama buat koleksi, akak baru jek nak bermula. Takpe lah kan , pelan2 kayuh. Jom kita tengok satu persatu ....

Teko ni paling awal akak dapat. Bulan Jun tahun 2010. Pemberian dari kakak ipar kepada adik ipar akak dari Selayang. Beliau pun kawan nya yang nak berpindah bagi kepadanya. Oleh kerana dia ada sebiji shj teko ni, mungkin dia malas nak simpan kot sbb takde adik beradiknya. So rezeki akaklah hari tu. Terima kasih ya puan .. maaf akak lupa namanya. Apapun akak suker sangat ...



Cawan cawan ni pulak dapat kat kedai nyonya di Rembau. 
Tapi takde piring alasnya. Ada 11 biji semuanya. 

Piring kueh ni pun akak dapat dari kedai nyonya tu jugak. Pun 11 keping jugak. Tapi akak tak pasti samada NOS atau used items. Menurut nyonya tu PML ni baki dari kedai lama nya sebelum dia bukak kedai perabotnya sekarang ni.

Hmmm... Pinggan hidang bujur ni akak beli dari Fb Makjah Rosecobbage. Terima kasih daun keladi Makjah , kalau ada yang berkenan dihati, boleh beli lagi ....

Close up sikit bunganya .... sweet kan .. hitam hitam si tampuk manis

Keseluruhan set rose hitam yang akak ada setakat ini. Belum lengkap sepenuhnya. Insyallah akan ku tambah lagi apa yang kurang ......

Kat mana pulak nak di susun set ini ya?  Almari belum dikemas lagi. hmmm ... letak kat sini dulu lah. Sehingga berjumpa lagi,      Salam sayang untuk semua

Sunday, July 10, 2011

Masih lagi OC merah putih

Salam and happy sunday to all my blogger friends. Moga hari ini bertambah ceria dengan aktiviti harian bersama keluarga dan kawan2 tersayang. Hari ini akak nak share lagi mengenai OC merah putih semalam. Kali ini mengenai set teko dan cawan tanpa alas. 2 biji teko dan 6 biji cawan ni akak beli dari  pondoknursalam.  Sangat cantik keadaan nya.. Terima kasih ya Nur .... Akak suka cara Nur bungkus barang2 untuk postage ni. Sangat kemas packaging nya. Ok jom layanzzz ....

Teko montoks ..... teringat masa akak kecik2 dulu, mak  selalu pesan, tuang air tu, pegang sekali tutupnya, takut terjatuh tutupnya tu. Skarang pun akak masih terpikir benda yang sama jugak. Maklumlah, bukan senang nak cari tutupnya lagi . Kalau pecah, kat mana nak cari?


Nur panggil teko ni teko betik. Betik pun betik lah Nur, janji akak suker. Cantik aje pada pandangan mata akak. Agak unik jugak rupa paras  teko ni kan .....


Cawan2 bujang ni akak suker sangat. Sayang takde alasnya . Tapi tadi akak dah dapat satu idea bila tengok kat FB Kahariah MT, Har ada jual decal PML bunga OC ni. Kalau tak dapat juga alasnya, akak tampal decal je lah untuk piring2 alas tu. What say U .....


Sementara nak tunggu pasanganya atau decal, akak fix n match dulu dgn piring2 yang sediada ni. Nak tahu piring2 ni dapat dari mana?   hehe ... mana lagi , kalau tak dari stor my mum ... 


Camner ? ok tak pasangan2 mix n match ni . Ok kan ... Nak pujuk hati sendirilah tu.... apa pun tetap hatiku terhibur walaupun tiada piring alasnya yang asli.

                                                                          
                                                    Close up sikit ....


Another close up ... 


And finally, inilah keseluruhan koleksi OC merah putih ku. Tak sebanyak koleksi Nur dan kawan2 maya yang lain. Tapi apa pun tetap bersyukur dengan apa yang ku ada setakat ni. Kawan2 yang terbaca blog  ini, kalau ada creamer jug & sugar bowl untuk dijual, please let me know ......

  
 Sebelum berpisah, akak suker sangat nak quote kata2 dari :
Sissie's Shabby Cottage 
"Get out there and create, make, sew, cook, photograph, repurpose or find   something wonderful and share it with all of us!"

Hingga jumpa lagi, selamat berhujung minggu dan salam sayang untuk semua.....



Saturday, July 9, 2011

OC merah putih lagi ..

Gambar2 kat bawah ni pulak ialah pinggan makan dan pinggan hidang bujur yang akak baru dapat minggu lepas. Both PML ni  dapat dari almari lama mak. Terima kasih ya mak. Agak2 nak ganti dengan apa ya?  Nak tau tak ?? Almari lama mak ni pun akak mcm dah berkenan tapi .... apakan daya takleh nak angkut masuk kereta.  Ok Jom  tengok PML ni.....

Oval Plate 12" ni mak akak punya. Masih kilat cuma ada sompek sikit kat tepi2 nya. Mak kata, nak buat apa dgn pinggan ni? bukan nya boleh guna pun.... selamba akak cakap, nak buat display jek sbb bunganya cantik .....



Ini pinggan makan leper 10". Mak  dan adik ipar akak punyer . Masih lagi dalam keadaan cantik dan bersih. Ada 7 biji semuanya. Mak kata, kalau rajin cubalah  risik2 kat rumah mak saudara akak. Mereka dah tak pakai set2 lama ni, masing2 dah pakai set terkini. Set lama semua dah simpan dalam stor. Segan pulak rasanya, hunting kat kedai apek jer lah ......



 Setakat ini shj untuk pagi ni, akak ada event kol 10. Insyallah kalau sempat kita sambung citer pasal PML ni lagi malam nanti ya.  Happy weekends semua.  
Jumpa lagi dan  salam sayang .......

Friday, July 8, 2011

koleksi oc merah putih

Selamat malam semua, alhamdulillah bertemu kita kembali di alam maya ini. Kali ini akak nak cerita mengenai PML ocera oriental merah putih pulak. Kalau ikutkan banyak lagi PML yang lebih cantik dan menawan kalbu tapi tak tahu kenapa pertama kali tengok kat blog kengkawan, hatiku terus jatuh cinta pada ros merah putih ni. Akak masih ingat lagi,  set ini mak akak guna masa zaman akak sekolah rendah lagi.... Baru2 ni akak berkesempatan "memburu" di kedai nyonya di Rembau, N9. Secara kebetulan balik kampung menjenguk mak di Melaka. Dapatlah 46 pcs piring dan cawan tanpa alas PML campur2. Ada oc merah putih, bunga kangkung dan rose hitam. Suka gilerr masa tu... Tapi mcm biasalah, tak tunjuk kat nyonya tu. Hmmm.... memang berbaloi2 pemburuan hari tu. Tersangatlah murahnya...

Ini ialah piring kueh leper 7.5" yang mula2 akak dapat. Fresh dari  kedai apek Skudai ( ONS ) sangat2 berbaloi harganya.... ada 9 keping semuanya.


Pinggan makan ni pula cuma dapat 2 biji shj setakat ini. Satu dari kedai apek dan satu biji lagi dari kedai perabot second hand kat Mutiara Rini. Hehe... kena jenguk selalu. Kalau ada rezeki masa tu adalah...


Dan Piring leper 6.5" ni dari kedai nyonya kat Rembau tu... ada 11 keping . Semuanya akak ambil . Yang kelakarnya, kedai nyonya ni ialah kedai perabot baru. Tak sangka pulak ada saki baki PML pulak.


Ok dah pukul 11.30 malam. I better get a move. sebenarnya banyak lagi akak nak share tapi takpe lah, lain kali sambung....Sehingga jumpa lagi , salam sayang untuk semua . Gud nite and have a nice sleep





 

blogger templates | Make Money Online