Sunday, May 8, 2011

Koleksi bunga kangkung

Salam n gud nite.. Malam ni akak pun nak share jugak pasal PML bunga kangkung ni... Bila tgk blog kawan kawan  kebanyakan nya ada PML ni, akak pun terpanggil jugak nak buat koleksi... Kira baru berjinak jinak lah ni.. Bunga kangkung ni sebenarnya akak mmg dah lama ada tapi tak berkesempatan nak update kat blog.

Kita mulakan dengan teko handsome ni ya....Kenapa senget lak gambar teko ni..Kalau tengok live takde cacat cela pun teko ni..Teko aladin ni kawan akak bagi hujung tahun lepas. Yang kelakarnya, kawan ni pun jiran nya yg bagi masa nak berpindah rumah..Mungkin kawan akak ni tak kumpul PML ni kot. Tu sbb dia bagi akak. Neway, Terima kasih sangat sangat...  Kira nya rezeki akaklah kan.


Kemudian dapat pulak teko yang bulat ni... terima kasih kepada ibu mertua ku... Suker sangat...

 
Teko dua beradik ini pulak akak dapat kat kedai apeks Skudai. Ada dua size. Tak lah mahal sangat apek ni jual. Kira bolehlah untuk menambah koleksi..


And finally... adalah 4 biji koleksi teko bunga kangkung ku ini... Bila dah susun mcm ni, nampak cantik pulak. Dimata akak lah... Kalau tengok koleksi kat blog kawan kawan , rasa mcm nak menambah jek. Cantik cantik koleksi  u all.  Jeles gitu..


Rasanya cukup lah n3 mlm ni. Esok sambung bunga kangkung yang lain pulak. Insyallah, akak ni bukan boleh percaya sangat, semedang jek ada hal.. Sebenarnya akak dah ada cawan tapi sedihnya sbb takde piring. Agaknya dolu2 org tak beli piring skali kot... So, hingga jumpa lagi, Gud nite and have a nice sleep.....

Happy Mother's Day


Selamat hari ibu untuk  ibuku tersayang, Puan hajjah Milah binti Ali . Semoga diberkati Allah dalam apa sahaja yang dilakukannya. Semoga di beri kesihatan yang baik dan dilimpah ruahkan rezekinya. Mak, terima kasih kerana melahirkan aku ke dunia ini.... Jasamu tetap ku kenang sehingga akhir hayatku. Sayang yang teramat sangat untukmu.... Tak tergambar dengan perkataan... RINDU MAK SANGAT SANGAT


Juga kepada ibu mertuaku, Puan Aminah binti Husin semoga Mak juga dirahmati dan dipelihara Allah  dalam apa pun yang mak lakukan. Semoga panjang umur , dimurahkan rezeki dan gembira selalu.. doaku selalu mengiringimu....

Dan kepada kawan kawan blogger jugak... yang bergelar ibu, mak, mama, ummi, mummy, dan apa shj panggilan untukmu, HAPPY MOTHER'S DAY untuk semua. Semoga kita akan menjadi ibu yang paling baik untuk anak anak kita ....
 
 

blogger templates | Make Money Online