Saturday, May 28, 2011

Piring dodol ke piring wajik ke...

Piring dodol atau piring wajik... namun kegunaan nya  tetap sama cuma sebutan sahaja yang berbeza.. Yang pasti,  ia tetap cantik walaupan warisan zaman berzaman... Melihatkan koleksi rakan blog yang cantik cantik, akak pun teringin gak nak buat koleksi. Piring piring ni akak dapat dari stor ibu mertuaku. Terima kasih mak.Tak banyak hanya ada 6 keping sahaja. Insyallah kalau ada rezeki, bolehlah menambah lagi. Piring yang warna biru tu akak suker sangat. Macam cantik aje pada mata akak.... yang oren tu pun sama..



Aksesori Taman

Hai , bertemu lagi kita di alam maya ... Kali ni akak nak share hiasan taman aka aksesori taman. Hari tu  temankan kawan ke Romantika Angsana di Johor Bahru. Terberkenan lah pulak dengan rumah burung ni. Dah lama cari rumah burung yang berdiri tu,  tapi tak tahu kat mana nak beli. Nak tempah pun tak tahu kat mana. Dulu pernah terbaca kat blog  yang menjual bird house ni tapi tak ingat blog siapa.. Kalau ada kawan2 yg tahu, sila beritahu akak ya. Akhirnya beli jugaklah bird house yang takde kaki ni.. Akak suka sbb bentuknya agak unik, ada tangga lagi ....


Yang ini pulak akak tak tahu nak panggil apa.. tapi akak suka bentuknya. Ala ala perigi gitu ... Asalkan putih jek terus akak beli.. Lagipun tak payah susah2 nak putihkan lagi. Hehe..  tgh suka putihlah katakan.

Kemudian tu, apa lagi ... terus akak  masukkan pokok keladi ni . Kalau ikutkan ada banyak jenis pokok renek yg boleh dimasukkan dalam bekas ni.. Tapi takpe, lain kali letak pokok lain pulak.  Akak ada banyak jugak lah small pots of greens yang boleh disuai padan.



Rasanya area ni jer lah yang sesuai untuk diletakkan bird house dan "perigi" ni. Maklumlah , ruang bergarden ku amatlah terhad....

Saturday, May 21, 2011

Meja konsol yang diputihkan

Hari ni sajer2 nak cerita pasal meja tepi ni. Asalnya kayu jati tapi dah ditukarkan bajunya. Dah diputihkan.. Ada kawan tanya, tak menyesal  ke tukar cat putih? entahlah...  rasanya tak kot... Sebab bila dah diputihkan nampak mcm ok jek. Pada mata akak lah. Lagipun nampak bersih dan suci gitu... ayat tak agak2. Satu lagi yang akak perasan bila perabot dah putih putih ni, ruang nampak lebih luas. What say U... Yang pasti akak cat sendiri tau..  Tak caya?  jom tengok...


Cermin ni pun akak cat jugak. Banyak keje sikitlah. Mula-mula nak kena tutup cermin dgn surat khabar. Kena sellotape bagai sbb takut terkena pada cermin nya...


Yang ini pulak nak share gambar cenderahati frames dari "lovely lace"  yang akak dapat sebagai AJK persatuan tahun lalu. Cantik kan frame gambar ni... rasa mcm matching sangat dengan meja dan cermin tu.. terima kasih kepada WANGI UTM..


Ok, jom close up sikit untuk gambar frames lovely lace ni ...


Dan ini pulak music box merangkap kotak aksesori yang telah di decoupagekan.. Biasalah, asal kotak ni warna hitam. Beli kat car boot sale di UTM. Sedap lagunya..Nak tahu berapa harganya?  Cuba teka... haha 50 sen sahaja. Masa ni tengah ghairah buat decoupage. Kalau tanya dengan rakan2 WMC mesti tahu punyer... sbb masing2 tengah gilerrr decoupage masa tu...

Orkid yang tengah berkembang

Ini ialah salah satu spesis orkid dalam koleksi akak. Sebenarnya orkid ni dah lama tak berbela. Pandai2 dia jek hidup sendiri. hehe..zalim akak ekk... Asalnya orkid ni letak kat luar, tapi bila dah keluar bunga, timbul lak rasa sayang. Terus jek bawak masuk dalam, letak kat porch. Skarang ni masih berbunga lagi. Hampir 3 bulan kot bunganya berkembang. Gambar ni pun akak ambil smalam.. 



orkid lagi...

Akak ni sebenarnya bukan tahu sangat nama orkid orkid ni. Yang ini, rajin sangat berbunga.. Belum habis bunganya layu, dah timbul bunga baru. Jom layanzzz lagi. Masa ni tengah lebat bunganya. 2 tangkai dalam 1 pokok...


yang ni pulak gambar smalam akak rakam. Tinggal 1 tangkai. Itu pun dah nak habis bunganya... namun tetap cantik dimata ku...

Friday, May 20, 2011

Kita layan orchids pulak..

salam and gud nite pada kengkawan blogger. Hmm.. malam ini kita citer pasal bunga orkid pulak ya.. Bunga rose akak tak menjadi pulak kali ni.. Berbunga , berbunga gak tapi mcm tak cantik mekarnya... Tengah mencari punca sebenar kenapa jadi macam tu. So sementara ros akak nak berkembang semula, kita layanzz




 

Tuesday, May 10, 2011

Koleksi keseluruhan bunga kangkung yg ku ada

Mentang2 lah sudu ni kecik, lupa pulak nak update. Tapi kalau sudu sudu ni takde rasanya tak lengkap set nya kan... Sudu ni baru jek akak beli kat kedai apeks Taman U sabtu lepas..


And finally, inilah keseluruhan PML bunga kangkung yang akak ada setakat ini... Insyallah akan dapat lengkapkan set ini....

Masih lagi PML bunga kangkung

Salam and gud evening to all my blogger friends... Jum kita sambung lagi pasal PML yang akak dah ada ni. Teko dan cawan dah update, so now akak citer pulak pasal pinggan dan piring kueh..


Pinggan makan, piring kueh, piring sambal kot yg kecik skali tu dan 2 biji mangkuk gulai dah ada. Yang takde rasanya mangkuk nasi, pinggan hidang, mangkuk bubur  dan tureen... Kalau ada yang tertinggal minta kawan2 ingatkan ya. Kalau boleh mmglah nak cukupkan semua tapi apakan daya...Insyallah kena pelan pelan kayuh.. Nak beli serentak, takut budget lari pulak. Tapi kadang2 bukan boleh percaya gak dgn hati ni... kalau dah hendak tu... bukan boleh di tahan tahan.. tup2 dah terbeli...   what say u ???

Koleksi bunga kangkung lagi

 Hari tu akak janji nak update koleksi PML bunga kangkung ni  smalam kan.... Hmmm.. seperti biasa memang tak berkesempatan. Ntah apalah yang sibuk sangat tu kan.. Ok kita sambung pulak cerita pasal cawan2 yang takde piring ni.. Cawan2 ni pun ehsan dari ibu mertua ku.. terima kasih mak..


Ada 6 cawan biasa dan 1 cawan yang berlekuk kat bawah nya. Tengah terpikir2 kat mana pulak nak cari piring2 nya. kalau ada kengkawan yg terlebih alas piring cawan ni bolehlah jual dgn akak ya..


 Cawan yang mulut lebar ni akak ada dua biji sahaja setakat ini. Sama juga seperti cawan2 yang lain, takde alas piring jugak. So kengkawan kalau ada extra alasnya, boleh jual dgn akak ya...
Nampak gaya setakat ini n3 untuk hari ini... nanti sambung lagi pasal PML yang lain pulak..

Sunday, May 8, 2011

Koleksi bunga kangkung

Salam n gud nite.. Malam ni akak pun nak share jugak pasal PML bunga kangkung ni... Bila tgk blog kawan kawan  kebanyakan nya ada PML ni, akak pun terpanggil jugak nak buat koleksi... Kira baru berjinak jinak lah ni.. Bunga kangkung ni sebenarnya akak mmg dah lama ada tapi tak berkesempatan nak update kat blog.

Kita mulakan dengan teko handsome ni ya....Kenapa senget lak gambar teko ni..Kalau tengok live takde cacat cela pun teko ni..Teko aladin ni kawan akak bagi hujung tahun lepas. Yang kelakarnya, kawan ni pun jiran nya yg bagi masa nak berpindah rumah..Mungkin kawan akak ni tak kumpul PML ni kot. Tu sbb dia bagi akak. Neway, Terima kasih sangat sangat...  Kira nya rezeki akaklah kan.


Kemudian dapat pulak teko yang bulat ni... terima kasih kepada ibu mertua ku... Suker sangat...

 
Teko dua beradik ini pulak akak dapat kat kedai apeks Skudai. Ada dua size. Tak lah mahal sangat apek ni jual. Kira bolehlah untuk menambah koleksi..


And finally... adalah 4 biji koleksi teko bunga kangkung ku ini... Bila dah susun mcm ni, nampak cantik pulak. Dimata akak lah... Kalau tengok koleksi kat blog kawan kawan , rasa mcm nak menambah jek. Cantik cantik koleksi  u all.  Jeles gitu..


Rasanya cukup lah n3 mlm ni. Esok sambung bunga kangkung yang lain pulak. Insyallah, akak ni bukan boleh percaya sangat, semedang jek ada hal.. Sebenarnya akak dah ada cawan tapi sedihnya sbb takde piring. Agaknya dolu2 org tak beli piring skali kot... So, hingga jumpa lagi, Gud nite and have a nice sleep.....

Happy Mother's Day


Selamat hari ibu untuk  ibuku tersayang, Puan hajjah Milah binti Ali . Semoga diberkati Allah dalam apa sahaja yang dilakukannya. Semoga di beri kesihatan yang baik dan dilimpah ruahkan rezekinya. Mak, terima kasih kerana melahirkan aku ke dunia ini.... Jasamu tetap ku kenang sehingga akhir hayatku. Sayang yang teramat sangat untukmu.... Tak tergambar dengan perkataan... RINDU MAK SANGAT SANGAT


Juga kepada ibu mertuaku, Puan Aminah binti Husin semoga Mak juga dirahmati dan dipelihara Allah  dalam apa pun yang mak lakukan. Semoga panjang umur , dimurahkan rezeki dan gembira selalu.. doaku selalu mengiringimu....

Dan kepada kawan kawan blogger jugak... yang bergelar ibu, mak, mama, ummi, mummy, dan apa shj panggilan untukmu, HAPPY MOTHER'S DAY untuk semua. Semoga kita akan menjadi ibu yang paling baik untuk anak anak kita ....
 

Wednesday, May 4, 2011

Senario hydrengia ku

Salam and gud morning to all my friends. Pagi ni nak n3 sikit pasal hydrengia ni. Masa awalnya, ketika baru nak berbunga, warnanya ala ala pink. Suker sangat hati ni... sbb koleksi hydrengia yang ada di halamanku semuanya warna biru. Masa tu letak pokok ni kat luar.


Kemudian alihkan pasu ni kat dalam - area porch. Suker sangat sbb bunganya pink...


Hehe... close up sikit untuk menikmati keindahan nya..


And now ...  masih pokok yang sama jugak. Tapi warnanya dah bertukar ala ala purple.. dah takde pink pink lagi.. Apa apa pun masih tetap cantik... sejuk mata memandang..


Finally beginilah rupanya  hydrengia ku yang dah nak kering ni.  Warnanya berubah2. Namun jangka hayatnya lama. Kalau tak silap lebih dari 3 bulan. Itulah sebabnya bunga ini dinamakan bunga 3 bulan...

Tuesday, May 3, 2011

lovely lace

Entah kenapa ya... masa tengok2 gambar lama , nampak pulak gambar ni. Tiba tiba nak share gambar lovely lace kat sini. Gambar ni dirakam masa g KL mid valley hari tu... Jom layan.... cantik kan...

 

blogger templates | Make Money Online