Tuesday, June 7, 2011

Hasil buruan di kedai apek

hmmm... nak citer pasal apa malam ni ya.. citer pasal PML lagi nak.. Smalam akak dah upload gambar PML pink polos., Malam ni masih dari kedai apek yang sama,  akak dapat 2 keping pinggan hidang bujur yang besar. Bak kata rakan2 blog, size gedabak. 9 keping pinggan kueh bunga merah putih oriental ocera dan 2 biji pinggan makan. Itu shj yang ada. So akak belilah semua. Dah takde lagi bunga  ni kat kedai apek tu..

Pinggan hidang bujur gambar pemandangan. Pinggan ni cuma  ada sebiji, buat hiasan jer lah..

Oleh kerana ada 1 keping shj pinggan bujur ni kat kedai apek tu, maka akak pun beli jerlah manalah tahu terberkenan pulak nak buat koleksi biru polos pulak... masa blog walking kat umah Mrs Nor Wahid tadi ,nampak set biru ni. Cantik sangat bila dah susun banyak2 mcm tu.. Bertuah Mrs Nor,semua koleksi beliau cantik2 belaka..
Yang ini pulak set Oriental Ocera bunga putih merah.. Ini sahaja yang apek tu ada. So, akak ambil semua. Set ni akak mmg berkenan sangat. Set teko dan cawan2 nya akak mmg suker. Sangat cantik dimataku.. Lepas ni nak lengkapkan set ini pulak. Sabarlah wahai hati... Insyallah dapat..

 



2 comments:

  1. salam syahida,

    akk tgk blog akk dah terlist kat side bar dah...

    ReplyDelete
  2. gee, tulah... baru perasan mmg dah ada. Error masa tu kot..

    ReplyDelete

 

blogger templates | Make Money Online