Friday, July 8, 2011

koleksi oc merah putih

Selamat malam semua, alhamdulillah bertemu kita kembali di alam maya ini. Kali ini akak nak cerita mengenai PML ocera oriental merah putih pulak. Kalau ikutkan banyak lagi PML yang lebih cantik dan menawan kalbu tapi tak tahu kenapa pertama kali tengok kat blog kengkawan, hatiku terus jatuh cinta pada ros merah putih ni. Akak masih ingat lagi,  set ini mak akak guna masa zaman akak sekolah rendah lagi.... Baru2 ni akak berkesempatan "memburu" di kedai nyonya di Rembau, N9. Secara kebetulan balik kampung menjenguk mak di Melaka. Dapatlah 46 pcs piring dan cawan tanpa alas PML campur2. Ada oc merah putih, bunga kangkung dan rose hitam. Suka gilerr masa tu... Tapi mcm biasalah, tak tunjuk kat nyonya tu. Hmmm.... memang berbaloi2 pemburuan hari tu. Tersangatlah murahnya...

Ini ialah piring kueh leper 7.5" yang mula2 akak dapat. Fresh dari  kedai apek Skudai ( ONS ) sangat2 berbaloi harganya.... ada 9 keping semuanya.


Pinggan makan ni pula cuma dapat 2 biji shj setakat ini. Satu dari kedai apek dan satu biji lagi dari kedai perabot second hand kat Mutiara Rini. Hehe... kena jenguk selalu. Kalau ada rezeki masa tu adalah...


Dan Piring leper 6.5" ni dari kedai nyonya kat Rembau tu... ada 11 keping . Semuanya akak ambil . Yang kelakarnya, kedai nyonya ni ialah kedai perabot baru. Tak sangka pulak ada saki baki PML pulak.


Ok dah pukul 11.30 malam. I better get a move. sebenarnya banyak lagi akak nak share tapi takpe lah, lain kali sambung....Sehingga jumpa lagi , salam sayang untuk semua . Gud nite and have a nice sleep





No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online