Friday, July 15, 2011

my sweet black roses set

Salam and morning  semua.. Moga hari ini menjadi lebih ceria dari smalam.  Pagi ni akak nak share PML bunga rose hitam pulak. Dari pelbagai tempat akak dapat set ni. Kawan2 maya dah lama buat koleksi, akak baru jek nak bermula. Takpe lah kan , pelan2 kayuh. Jom kita tengok satu persatu ....

Teko ni paling awal akak dapat. Bulan Jun tahun 2010. Pemberian dari kakak ipar kepada adik ipar akak dari Selayang. Beliau pun kawan nya yang nak berpindah bagi kepadanya. Oleh kerana dia ada sebiji shj teko ni, mungkin dia malas nak simpan kot sbb takde adik beradiknya. So rezeki akaklah hari tu. Terima kasih ya puan .. maaf akak lupa namanya. Apapun akak suker sangat ...



Cawan cawan ni pulak dapat kat kedai nyonya di Rembau. 
Tapi takde piring alasnya. Ada 11 biji semuanya. 

Piring kueh ni pun akak dapat dari kedai nyonya tu jugak. Pun 11 keping jugak. Tapi akak tak pasti samada NOS atau used items. Menurut nyonya tu PML ni baki dari kedai lama nya sebelum dia bukak kedai perabotnya sekarang ni.

Hmmm... Pinggan hidang bujur ni akak beli dari Fb Makjah Rosecobbage. Terima kasih daun keladi Makjah , kalau ada yang berkenan dihati, boleh beli lagi ....

Close up sikit bunganya .... sweet kan .. hitam hitam si tampuk manis

Keseluruhan set rose hitam yang akak ada setakat ini. Belum lengkap sepenuhnya. Insyallah akan ku tambah lagi apa yang kurang ......

Kat mana pulak nak di susun set ini ya?  Almari belum dikemas lagi. hmmm ... letak kat sini dulu lah. Sehingga berjumpa lagi,      Salam sayang untuk semua

  





1 comment:

  1. Salam..

    Jemputlah singgah ke blog kami..Kami menjual barang-barang antik koleksi kami sendiri..Harga boleh dirunding lagi.. :)

    ReplyDelete

 

blogger templates | Make Money Online